Wednesday, July 24, 2013

Pemergian..

Assalammualaikum dearies..harini Nurul nak bercerita tentang seseorang yg telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3 ptg sebentar tadi..berita dikejutkan dengan pemergian seorang anak kepada staff dimana tempat nurul bekerja..pemergian beliau sgt tak disangka kan apabila beliau telah dilanggar oleh sebuah trailler (yang nurul tatau sama ada trailler ni membawa muatan atau pun tidak), dari belakang semasa beliau sedang menunggang motosikal ketika pulang dari sekolah..allahyarham yang berumur 17 tahun pada tahun ini dan akan menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia, SPM, merupakan anak sulung kepada staff tersebut..cerita yang amat memilukan itu diceritakan sendiri oleh ayah beliau, dan juga staff dimana tempat nurul bekerja. Kemalangan yang melibatkan motosikal dan trailler tersebut telah menyebabkan pelajar terbabit meninggal ditempat kejadian..suasana pilu apabila nurul dan boss nurul tiba di surau jalan sri raya, di cheras petang tadi dalam jam lebih kurang 5.45 ptg..



Ni lah surau yang kitorg gi petang tadi..kesian arwah kerana xsempat berbuka puasa dengan bapanya di KL Tower..actually staff tersebut dah pun buat reservation utk buat kejutan pada anak sulungnya itu, iaitu buka puasa di KL Tower..tapi xkesampaian sebab die dah pergi dlu meninggalkan family die..dan sangat sadis apabila nurul dapat tahu kepala die pecah semasa die jatuh dari motorsikal setelah dilanggar trailler terbabit..alhamdulillah keadaan isteri kepada staff nurul dapat mengawal perasaan semasa berada di surau tadi..jenazah beliau xdpt nak tgk sebab die remain diletakkan dlm keranda dan dikhuatiri org lain yg menziarahi tak sanggup nak tengok jenazah..



sebenarnya arwah pernah accident 3 bulan lepas dan dimasukkan ke icu utk jagaan rapi..dan setelah itu beliau kembali pulih seperti biasa..xsangka Allah lebih menyayangi dia..Allah pinjamkan sekejap je dia kepada parents dia..nurul berharap semoga mereka dapat berjumpa di syurga kelak..dan untuk nurul, ia menjadi satu keinsafan kepada yang masih hidup untuk terus kekal diatas landasan agama Islam..

sama-sama lah kite berdoa agar roh muhammad husnul imran di letakkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin..Al-fatihah..

No comments:

Post a Comment